MPL MY S14: Enam pasukan layak ke Playoffs, Johor kian menghampiri

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Enam pasukan teratas MLBB berjaya mengunci slot mereka di Playoffs Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim Ke-14 yang akan diadakan di Johor dari 31 Oktober hingga 3
November ini.

Hanya berbaki seminggu lagi Regular Season untuk dimainkan dan kehangatan kian terasa apabila ia menentukan pasukan mana akan mendapat kelebihan di bracket Playoffs dengan mendaki ranking di Regular Season dan juga perlawanan sengit untuk turun dari liga (relegation) akan disaksikan.

Pada pengakhiran Minggu Kelima, Selangor Red Giants kekal gah di tangga teratas dengan20 mata, diikuti Team Vamos dan RED Esports masing-masing meraih 14 mata.

KRAMM tersenyum lebar selepas bergelar MVP dalam perlawanan ke atas JP NINERS. Foto: MOONTON Games

Minggu Kelima menyaksikan keputusan yang dinantikan sekian lama, di mana enam pasukan terawal mengunci slot ke Playoffs – mereka adalah Selangor Red Giants, Team Vamos, RED Esports, Monster Vicious, JP NINERS dan TODAK yang akan memulakan cabaran seterusnya di Johor tidak lama lagi dalam bulan ini.

Di sana, mereka akan merebut hadiah wang tunai terkumpul AS$100,000 dan dua slot ke Kejuaraan Dunia M6, sebuah kejohanan antarabangsa berprestij MLBB yang akan dihoskan di Malaysia tahun ini.

Semua mata pastinya tertumpu kepada Team Vamos selepas kekalahan berdepan Selangor Red Giants pada Minggu Keempat. Pasukan pilihan ini sebelum ini di zon selesa dengan lima kemenangan berturut-turut sebelum tersungkur di tangan pasukan pendahulu liga dan mereka dijangka boleh mendapat kembali momentum dengan memenangi perlawanan ke
atas Monster Vicious.

Namun, sangkaan itu ternyata meleset selepas pasukan dengan keseluruhan pemain tempatan itu ataupun pasukan digelar kuda hitam ini berjaya menunjukkan siapa lebih hebat kepada Team Vamos dengan kemenangan 2-1 pada perlawanan pembukaan Minggu Kelima sekali gus menamatkan kekalahan berturut-turut
sebelum ini di tangan Homebois dan RSG MY, dua calon yang akan ke pusingan relegation.

SENYUMAN KEPUASAN! Pemain Monster Vicious, Ammar Asyraf “Martzyyyy” bin Abdul Rahman meraikan kemenangan selepas berjaya tewaskan Team Vamos 2-1 sekali gus dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dengan kemahirannya menggunakan hero Aurora. Foto: MOONTON Games

Monster Vicious mengunci slot di Playoffs selepas mencuri satu mata dalam kekalahan 1-2 ke atas Team HAQ pada perlawanan terakhir Minggu Kelima. Walaupun mereka boleh menarik nafas lega menuju ke Playoffs, namun langit tidak selalu cerah dan prestasi mereka yang kurang konsisten menyebabkan mereka tewas menentang tiga pasukan di kedudukan tercorot dalam liga meskipun memenangi perlawanan penting ke atas pasukan yang  digeruni, TODAK, RED Esports dan Team Vamos.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Jadual minggu terakhir:

RELATED NEWS

+