MPL MY: Suhaz Esports lebih cemerlang

Perlawanan pertama di hari kedua peringkat playoff menyaksikan pasukan Suhaz Esports akan menentang RED Esports.

Suhaz Esports berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama dengan prestasi yang cemerlang ditunjukkan oleh Eavy menggunakan Dyrroth.

Perlawanan kedua juga memihak kepada pasukan Suhaz Esports di minit awal permainan.

Suhaz bijak mengawal peta dan menggunakan kelebihan draft mereka untuk membina momentum yang diperlukan.

Namun begitu, kesilapan demi kesilapan sudah dilakukan oleh Suhaz Esports menyebabkan mereka kehilangan rentak.

RED Esports mengambil peluang itu untuk mendapatkan kemenangan di perlawanan kedua.

Kedua-dua pasukan meneruskan perjuangan di perlawanan ketiga bagi menentukan siapakah juara.

RED Esports mendapat kelebihan di minit awal permainan dan Suhaz Esports sukar untuk memberikan saingan balas.

Namun begitu, permulaan minit ke-10 menukar balik keadaan untuk berpihak kepada pasukan Suhaz apabila kesemua ahli pasukan RED lenyap dari peta.

Suhaz Esports meneruskan combo mereka menggunakan Dawning Light dan juga Fatal Link untuk mendapatkan kemenangan.

 

RELATED NEWS

+