MPL MY: Suhaz Esports semakin hampir ke Upper Bracket

Aksi perlawanan kedua pada hari kedua minggu terakhir MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan Suhaz Esports menentang Team Caracal.

Pasukan Suhaz amat bersemangat untuk memenangi perlawanan kali ini bagi melayakkan diri ke peringkat upper bracket playoff.

Team Caracal membawa masuk Logan, Ciwing dan Leixia bagi menggantikan LinkEzaa, Aimmm dan juga Lolealz di perlawanan pertama.

Walau bagaimanapun, keserasian di antara ahli pasukan Suhaz Esports berjaya mendapatkan kemenangan di perlawanan pertama.

Team Caracal menggunakan barisan pemain mereka yang asal kecuali LinkEzaa diggantikan oleh Leixia.

Akan tetapi, situasi yang sama berlaku seperti perlawanan pertama. Team Caracal gagal untuk mendapatkan momentum mereka.

Perlawanan kedua ditamatkan pada minit ke-18 dengan kemenangan berpihak pada Suhaz Esports.

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+