MPL MY: Team Caracal masih tidak terkalah

Perlawanan pembukaan hari kedua minggu kedua MPL MY musim ke-9 menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan berjaya menyamakan kedudukan dan mereka akan terus bertarung di perlawanan ketiga.

RED Esports menggunakan draft dua marksman iaitu Karrie sebagai jungler dan juga Popol & Kupa untuk gold lane.

Manakala Team Caracal menggunakan Aulus sebagai jungler. RED Esports mendahului gold di peringkat awal.

Namun begitu, penggunaan Valentina yang sangat baik oleh Lolealz dengan skill I Am You berjaya menukarkan keadaan situasi Team Caracal.

Mereka terus menggunakan peluang itu untuk memberikan tekanan kepada RED Esports.

LinkEsa yang sudah mencapai level 12 mengamuk dan mendapatkan savage di akhir permainan.

Di dalam temubual hos Jaasuzuran bersama LinkEsa. “Saya rasa bahagia dengan prestasi sekarang, walaupun kami kadang-kadang tidak bagus tapi kami berjaya melakukan comeback.”

“Di perlawanan kedua kami melakukan kesilapan untuk push akan tetapi kena pick off.” ujarnya.

Foto: Moonton Games

 

RELATED NEWS

+