MPL MY: Todak kembali menyengat

Selepas memenangi perlawanan pertama menggunakan Fanny sebagai roamer. Todak kini mempunyai momentum untuk meneruskan perlawanan kedua.

Di perlawanan kali ini, Geek Fam memberikan Ling kepada Burpyyy manakala Ajiq memakai Paquito. Turtle pertama berjaya didapatkan oleh pasukan Geek Fam.

Todak terus mendahului permainan dengan rotasi yang cukup baik oleh Yums yang menggunakan Estes.

Pasukan Todak tidak perlu khuatir tentang nyawa mereka kerana adanya Estes di dalam pasukan.

Pada minit ke-8, jurang perbezaan gold sudah mencapai 6 ribu. Xray yang menggunakan Claude gagal untuk mendapatkan farming yang cukup.

Lord pertama berjaya diambil dan pasukan Todak berjaya menghancurkan 2 inhibitor turret pasukan Geek Fam.

Todak cuba untuk menamatkan permainan akan tetapi gagal apabila pasukan Geek Fam melakukan pertahanan dengan baik.

Perlawanan pada minit ke-13 memberikan kelebihan kepada pasukan Todak apabila mereka berjaya menjatuhkan 3 ahli pasukan Geek Fam.

Blessing of Moon Goddess sangat membantu pasukan Todak dan mereka terus menamatkan permainan.

 

RELATED NEWS

+