MPL MY: Valentina dan Edith menjadi kunci kemenangan RED Esports

Permainan terakhir hari kedua MPL MY menyaksikan pasukan Todak akan bertemu dengan pasukan RED Esports.

Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing di perlawanan pertama dan kedua.

RED Esports berjaya menyamakan kedudukan di perlawanan kedua. 

Untuk perlawanan ketiga, RED Esports menggunakan Valentina dan juga Edith. Manakala Todak memberikan Gusion untuk diberikan kepada Moon.

RED Esports menggunakan kelebihan kekuatan Valentina di minit awal permainan untuk memberikan asakan kepada pasukan Todak.

Rotasi dan penggunaan skill Edith yang tepat selepas menggunakan flicker sangat membantu pasukan RED Esports memenangi perlawanan.

Pasukan Todak seringkali tewas di dalam pertarungan menyebabkan mereka gagal mengawal peta.

RED Esports terus menggunakan momentum yang ada untuk memenangi perlawanan ketiga.

 

 

RELATED NEWS

+