MPL MY/SG Musim Keempat Akan Bersiaran Di TV9, Setiap Sabtu Dan Ahad Jam 7 Malam!

Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia/Singapura musim keempat akan mula bersiaran di saluran TV9!

Bermula 24 Ogos ini, ia akan bersiaran setiap Sabtu dan Ahad bermula 7:00 malam selama 7 minggu. Saksikan pasukan-pasukan kegemaran korang berentap di kaca televisyen!

Ini adalah pasukan-pasukan yang akan menyertai musim liga:

  • Axis Esports
  • Shopee Bosskurr
  • Sabah Top Player
  • TODAK
  • Geek Fam
  • Xpax X-Assins
  • Resurgence
  • Nocte Volpe
  • NoSponsorGaming
  • EVOS Esports SG

MPL MY/SG S4  menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

Untuk info lanjut mengenai kejohanan ini, ikuti kami di Facebook ataupun bolehlah ke Facebook rasmi TV9!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Twitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+