MPL: Orange Esports cemerlang, Axis tersingkir

Dalam perlawanan pembukaan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima hari ini, Orange Esports bermain dengan begitu baik sekali gus melayakkan mereka ke pusingan kumpulan bawah seterusnya. 

Dengan markah 2-0, Orange menggunakan lineup yang agak menarik pada game pertama dengan pemilihan Pharsa untuk siege (serangan jauh) dan berjaya mencuri Lord pada minit akhir perlawanan. Penggunaan Wan-Wan yang memilih untuk split push juga memberi tekanan kepada Axis.

Mal adalah pemain MVP bagi perlawanan pertama sebagai Wan Wan.

Dalam perlawanan kedua pula, Axis seolah gagal mencari rentak dan hanya membiarkan ahli pasukan tewas lagi dan lagi sekali gus menyebabkan mereka tertewas.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula hari ini hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+