MPL: Orange Louvre Esports kembali beraksi, isu visa berjaya diselesaikan

Akhirnya, Orange Louvre Esports akan bermain di minggu kedua Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Keenam selepas isu visa mereka berjaya diselesaikan.

Penambahan dua pemain import iaitu Kristian Wira Pranata (Jiji) dan Andhika Sulesmana (Nothingtosay) dari Indonesia serta seorang jurulatih, Alvin Tisna (Lexuzzz) menyebabkan pasukan ini memerlukan visa kerja diluluskan.

Namun, disebabkan visu itu belum lagi diluluskan, Orange Louvre terpaksa mengaku kalah dan memberikan dua mata kemenangan percuma kepada skuad Singapura, EVOS SG pada perlawanan hari Ahad yang mana mereka sepatutnya bertanding di perlawanan ketiga dan terakhir minggu pertama musim liga tersebut.

Pada minggu kedua ini, mereka akan berlawan dengan Todak pada hari Jumaat dan Resurgence pada hari Ahad.

Mampukah gandingan Malaysia dan Indonesia ini mencipta kejutan di MPL kali ini? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+