"> " /> " />

MPL: Orange Louvre Esports tak bermain untuk minggu pertama kerana kelewatan Visa

Kelewatan mendapatkan Visa untuk pemain Indonesia ke Malaysia menyebabkan Orange Louvre Esports terpaksa memberi kemenangan percuma kepada skuad Singapura, EVOS SG untuk minggu pertama musim liga MPL MY/SG Musim Keenam.

Pengumuman itu dibuat dalam satu posting ringkas di Facebook rasmi MPL MY/SG sebentar tadi.

Tulis pengumuman itu, penglibatan pemain luar dan jurulatih yang gagal menghantar visa bagi tujuan bekerja di Malaysia sebelum 23 Ogos.

Bagi peraturan rasmi MPL MY/SG, memetik Perkara 3.2.3.2, pemain, jurulatih ataupun pengurus yang bukannya daripada Malaysia (dalam kes ini) memerlukan Visa Kerja:

  • Liga ini sentiasa komited untuk membantu pemain dari Orange Louvre Esports mendapatkan Visa Kerja dan tindakan sudah diambil untuk mempercepatkan reviu dokumen yang dihantar.
  • Liga kemudiannya membuat keputusan untuk memberikan tarikh akhir pada 9 September bagi Orange Louvre Esports untuk menyelesaikan isu visa ini dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
  • Selepas menerima Visa, Orange Louvre Esports boleh bertanding di MPL, seminggu selepas pengesahan daripada unit Operasi Liga MPL.

Ketika artikel ini ditulis, pastinya masalah visa ini sedang diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh pihak Orange.

Bagi pasukan Mobile Legends, mereka diwakili oleh:

  • Jiji
  • D’Ace
  • Hyhy
  • Kuja
  • Aim
  • Nothingtosay

Terdahulu, Orange Esports mendapat jemputan manakala bekas pemain mereka kini layak menerusi pusingan kelayakan Malaysia. Mereka kini digelar Red Reborn.

MPL MY/SG Musim Keenam mengumpulkan 10 pasukan Singapura dan Malaysia bertanding selama enam minggu.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

RELATED NEWS

+