MPL PH: Ini punca “taunting” dari Kelra

Taunting menjadi salah satu perkara yang normal di dalam arena e-sukan Mobile Legends.

Selepas tamatnya perlawanan di antara pasukan Echo dan juga Omega Esports di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Filipina musim ke-9 semalam.

Kelra dari Omega Esports  dilihat melakukan taunting ke arah pasukan Echo. 

Dia membuat mimik muka mengesat air mata selepas pasukan Echo tewas 3-0 tanpa balas semalam.

Perkara itu dijelaskan oleh Kelra semasa sesi temu ramah semalam, dia menujukan ejekan itu ke arah Yawi yang pernah melakukan trash talk kepadanya.

“Semua ini saya tujukan khas untuk Yawi kerana di musim liga dia selalu melakukan trash talk kepada saya. Perbuatan itu termasuk di RG (ranked game) ketika saya melawan mereka,” ujarnya.

“Perbuatan ini dilakukan kerana kemarahan saya sudah maksimum. Saya belum boleh mengalahkan mereka lagi sebelum ini” akhirinya.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+