MPL PH: Pasukan ECHO menang percuma sebab Nexplay EVOS lambat sampai

MPL PH mengumumkan bahawa pasukan Nexplay EVOS tewas di dalam perlawanan menentang ECHO baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan kesalahan pasukan Nexplay yang tidak menghadirkan diri tepat pada waktunya.

Di dalam klausa peraturan 7.3.4.2.8 MPL PH musim ke-9, setiap pasukan harus bersedia sejam sebelum perlawanan dan memasuki permainan 15 minit sebelum bermula perlawanan.

Pada jam 8 malam semalam, pasukan Nexplay tidak muncul sehingga pada pukul 8.33 malam. Ini menyebabkan ECHO akan mendapat kemenangan secara percuma!

Sumber: MPL PH

RELATED NEWS

+