MPL: Rumusan Minggu Pertama – Geek Fam Perlu Cari Rentak, Axis Dan Todak Masing-Masing Cemerlang

Bagi minggu pertama Liga Professional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat, Axis Esports, EVOS (Singapura) dan Todak terus mendominasi dengan memenangi kedua-dua set perlawanan dimainkan pada Sabtu dan Ahad lepas.

Dalam format terbaik daripada tiga (BO3), mereka berjaya memenangi keempat-empat perlawanan dengan skor 2-0 bagi setiap set.

Sementara itu, pasukan Malaysia lain iaitu Xpax X-Assins dan Shopee Bosskurr masing-masing memenangi satu set perlawanan tapi Bosskurr tewas 3 perlawanan dan hanya menang dua. 

Bagi skuad Singapura, Louvre Esports dan Notorious Villains pula, nasib tidak menyebelahi apabila tewas satu-satunya set dimainkan pada minggu tersebut. Mereka akan berlawan untuk dua set pada hujung minggu ini. Begitu juga dengan Sabah Top Player yang harus menebus kekalahan hujung minggu ini.

Geek Fam dan Resurgence pula harus mencari rentak mereka kembali apabila tewas kedua-dua set dan mereka hanya mempunyai satu set perlawanan saja hujung minggu ini.

Liga ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

Saksikan juga MPL MY/SG setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7 malam di TV9!

Artikel berkaitan: MPL akan ditayangkan di TV9

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Foto diambil dari Facebook Mobile Legends: Bang Bang dan laman web rasmi MPL

RELATED NEWS

+