MPL: Shopee Bosskur Tundukkan Singapura, Notorious Villains 2 – 1

Pada hari pertama untuk minggu pengenalan musim Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat, pasukan negara, Shopee Bosskurr menamatkan siri perlawanan hari ini dengan penuh bergaya, 2 – 1 ke atas skuad Singapura, Notorious Villains.

Lineup penuh bagi Shopee Bosskurr untuk MPL MY/SG S4 ialah Soloz, Penjahat, Gripex, Rush dan Logan.

Dalam game kedua, Bosskurr menyinar apabila Gusion dimainkan Soloz mendapat Maniac dan pada game ketiga, mematahkan taktik Singapura apabila Esmeralda dipilih untuk mengganggu lineup mereka.

Mereka akan bertemu skuad Malaysia, TODAK esok pada jam 8:30 malam. 

Musim liga ini bermula hari ini hingga 29 September 2019. Ia menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

Foto: MPL

RELATED NEWS

+