MPL: Shopee Bosskurr Bersedia Hadapi Musim Liga

Pasukan kompetitif Mobile Legends, Shopee Bosskurr menyatakan kesediaan mereka menghadapi Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY/SG) Musim Keempat yang akan bermula pada 24 Ogos ini. 

Ahli pasukan Shopee Bosskurr, Faris Zakaria atau Soloz berkata, persiapan untuk musim liga semuanya berjalan lancar.

“Apabila kami mula menyertai bootcamp nanti, akan ada jurulatih dan penganalisa yang boleh membantu meningkatkan mutu permainan kami.

“Kami juga lebih selesa untuk berlatih kerana ada kelonggaran untuk sertai kejohanan luar walaupun sibuk dengan latihan Sukan SEA 2019,” katanya ketika ditemui MyGameOn di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor. 

Kata Soloz, walau jadualnya agak padat dengan latihan untuk dua kejohanan besar ini, dia tetap tidak melupakan peminat.

“Saya tak lupa untuk stream kerana itu sudah menjadi kerja pagi dan petang.

“Tapi kalau dah masuk kejohanan besar ini kena letak komitmen betul-betul. Mungkin ada kelebihan kali ini kerana pasukan luar tidak begitu mengkaji cara permainan kami berbanding musim-musim lalu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai hero baru X-Borg, kata Soloz, ia wajar dikenakan nerf kerana kuasanya agak kuat dan susah untuk praktis disebabkan statusnya yang selalu dikenakan ban dalam perlawanan rank.

“Kalau nak berlatih pun hanya di mod klasik saja. 

“Nak diikutkan, Bruno menerima buff yang wajar untuk kemaskini kali ini dan boleh berdiri setanding dengan Granger, Kimmy dan Karrie,” katanya.

Lineup penuh bagi Shopee Bosskurr untuk MPL MY/SG S4 ialah Soloz, Penjahat, Gripex, Rush dan Logan.

Liga ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

RM203,000 pula diberikan sebagai subsidi mingguan, bonus kemenangan dan anugerah prestasi bagi mereka yang layak ke musim liga. RM211,000 baki prizepool pula akan dapat direbut di playoffs nanti dijangka bermula pada Oktober 2019.

——–

Saksikan juga MPL MY/SG setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 7 malam di TV9!

Artikel berkaitan: MPL akan ditayangkan di TV9

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+