MPL: Todak masih berbisa, hantar Team SMG ke lobi

Pasukan profesional Mobile Legends Malaysia yang juga juara dunia, Todak berjaya mara ke pusingan kumpulan bawah seterusnya di playoffs Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima hari ini selepas menewaskan Team SMG 2-0.

Dalam perlawanan pertama, Todak mempunyai Atlas dan Pharsa yang mampu open war dengan mudah. Perubahan peranan dengan membiarkan Nenas bermain sebagai Uranus juga membuahkan hasil pada perlawanan ini.

Cikuu bermain sebagai Claude dengan KDA 9.8

Dalam perlawanan kedua, Todak menggunakan meta hyper carry sementara Team SMG menggunakan langkah berani dengan pemilihan Hanzo. Tapi dengan bantuan Esmeralda, Xborg dan Khufra yang mengawal teamfight, Ciku (Karrie) tidak mempunyai masalah untuk mengenakan damage ‘percuma’ kepada ahli pasukan Team SMG.

Mereka berjaya mendapatkan Lord pada minit akhir dan kemudian menamatkan game tersebut.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula hari ini hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+