MPLI 2021: Alter Ego terlalu kuat, mara ke peringkat separuh akhir

Pasukan Alter Ego menyatakan hasrat mereka untuk berlawan dengan pasukan Blacklist International. Mereka menganggap pasukan itu adalah lawan yang terkuat perlu mereka tewaskan.

Mereka harus menentang pasukan EVOS SG terlebih dahulu bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Alter Ego memulakan perlawanan pertama dengan begitu baik sekali.

Mereka berjaya membuka ruang bagi Celiboy mendapatkan farming yang diperlukan untuk menghancurkan pasukan EVOS SG. Pasukan EVOS mengalami kesukaran selepas Pharsa, Khufra dan Paquito diasak berulang kali.

Kekuatan Alter Ego tidak boleh dibendung oleh pasukan EVOS dan mereka akur dengan kekalahan di perlawanan pertama.

Pasukan Alter Ego sekali lagi mendominasi di perlawanan kedua, mereka berjaya mengejar objektif dan menghentikan kemaraan pasukan EVOS SG.

Celiboy sekali lagi memberikan persembahan terbaik dengan penggunaan hero Natan yang cukup lincah mengawal peta dan melakukan rotasi.

EVOS SG tidak dapat mempertahankan base mereka dan Alter Ego berjaya mendapatkan kemenangan kedua dengan skor 2-0 tanpa balas.

RELATED NEWS

+