MPLI 2021: Ini senarai pengulas untuk Bahasa Malaysia

Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 akan berlangsung pada 2 November ini dan nampaknya barisan pengulas untuk Bahasa Malaysia sudah pun didedahkan.

Kali ini, kita akan menyaksikan gandingan empat pengulas berbakat iaitu Cortx, Adeen, Cross dan Sith:

Kesemua mereka pernah mengulas untuk Liga Profesional (MPL) MY musim kelapan yang berlangsung tak lama dulu.

Pastinya MPLI akan membawakan satu debaran baru dengan penyertaan lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Sebanyak 20 pasukan akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM414,000).

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+