MPLI 2021: Inilah barisan pemain pasukan Malaysia

Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021) akan berlangsung pada 2 November ini. ONE Esports baru sahaja mendedahkan barisan pemain untuk ketiga-tiga pasukan Malaysia ketika ini.

ORANGE ESPORTS

Pasukan Orange Esports terdahulu berjaya mendapatkan tempat ketiga di MPL MY musim kelapan selepas tewas di tangan Todak. Mereka kini akan memberikan persembahan yang terbaik untuk menebus kekalahan mereka tempoh hari.

Orange Esports akan dianggotai oleh:

  • LinkEzaa (Jungler)
  • Mann (Mid/Support)
  • Iris (Exp)
  • Valenz (Flexible)
  • Ahmad Jennie (Mid/Roam)
  • ISonic (Gold)

TODAK

Todak berjaya mendapatkan slot ke Kejohanan Dunia M3 selepas menewaskan Orange Esports di MPL MY musim kelapan. Namun begitu, mereka gagal untuk menjadi juara selepas ditewaskan pasukan SMG dengan skor 0-4. Todak akan kembali bangkit di MPLI 2021 ini.

Todak akan dianggotai oleh:

  • Moon (Mid)
  • Ajiq (Jungler)
  • Momo (Exp)
  • Moyy (Tank)
  • Leixia (Jungler)
  • Cikugais (Gold)

TEAM SMG

Juara MPL MY musim kelapan ini memberikan kejutan kepada para penonton apabila mereka memberikan persembahan yang terbaik semenjak Sasa masuk sebagai pemain dan Jamesss sebagai jurulatih pasukan. Team SMG ingin meneruskan hasrat mereka untuk mengumpul piala MPLI serta M3.

Team SMG akan dianggotai oleh:

  • Xpdea (Tank)
  • Loong (Gold)
  • Smooth (Exp)
  • Wynn (Jungler)
  • ZaimSempoi (Mid)
  • Sasa (Gold)

Semoga pasukan Malaysia akan dapat membawa pulang piala MPLI kali ini dan berjaya menewaskan pasukan dari Indonesia, Singapura, Kemboja dan juga Filipina. Selamat maju jaya diucapkan!

RELATED NEWS

+