MPLI 2021: Perjalanan pasukan Malaysia sudah tamat dengan kekalahan Team SMG

Perlawanan pertama di peringkat suku akhir Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) menyaksikan pasukan Malaysia iaitu Team SMG harus menghentikan kemaraan Sang Raja RRQ Hoshi.

Team SMG harus memberikan usaha mereka yang terbaik kerana pasukan lawan adalah juara MPL Indonesia sebanyak 3 kali.

Di permainan pertama, RRQ Hoshi mendominasi dengan rotasi yang dilakukan oleh Alberttt menggunakan Hayabusa. Beliau lincah mengawal peta dan buff untuk memberikan tekanan kepada Team SMG.

Team SMG tidak mampu menahan asakan yang diberikan pasukan lawan dan mereka gugur di perlawanan pertama.

Keaadan menjadi semakin sukar untuk Team SMG apabila mereka melepaskan Ling untuk digunakan oleh Alberttt di perlawanan kedua.

Alberttt sangat lincah menggunakan Ling dan dicombo bersama Angela memberikan beliau penambahan kekuatan untuk melanggar pasukan Team SMG di bahagian turret.

RRQ Hoshi kemudiannya menamatkan permainan pada minit ke-14. Prestasi mereka sangat baik ketika ini dan mereka mara ke peringkat separuh akhir.

Dengan kekalahan Team SMG, maka tamatlah perjalanan Malaysia di dalam MPLI ini. Syabas diucapkan kepada semua pasukan Malaysia kerana memberikan usaha mereka yang terbaik untuk mewakili negara.

RELATED NEWS

+