MPLI 2021: Team SMG memilih EVOS Legends dan RRQ Hoshi untuk menyaksikan El Clasico

Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021) kini hampir bermula. Setiap juara liga MPL di negara masing-masing akan berpeluang memilih pasukan yang akan bertarung di bracket mereka.

Jurulatih Team SMG iaitu Jamess memilih EVOS Legends dan RRQ Hoshi untuk permulaan captain draft mereka. Beliau mahukan El Clasico di antara dua pasukan itu untuk merancakkan lagi Kejohanan Jemputan itu.

Ramai netizen dari Indonesia menjadi kacau bilau dan menantikan perlawanan yang sengit itu di mana pasukan yang tewas dari El Clasico itu akan pulang.

Manakala ONIC PH dan Omega akan bertemu di bracket itu juga. Team SMG harus bertarung dengan pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir nanti.

Adakah anda yakin dengan kemampuan Team SMG untuk memenangi MPLI kali ini? 

RELATED NEWS

+