Todak memulakan perlawanan pertama dengan aksi yang sangat cemerlang menentang juara MPL Kemboja iaitu pasukan SeeYouSoon.
Penggunaan Hayabusa oleh Leixia sangat baik dengan skor KDA yang mantap, namun begitu pasukan Todak melakukan kesilapan pada perlawanan di Lord Pit menyebabkan kesemua ahli pasukan ditumbangkan dan pasukan Kemboja itu terus maju menghancurkan crystal.
Ciku dan Moon menjadi kunci kemenangan untuk pasukan Todak di perlawanan kedua, mereka berjaya menangkap pasukan SeeYouSoon ketika mereka melakukan pertahanan di bahagian lane atas.
Menuju ke perlawanan terakhir, Todak seakan-akan hilang arah tuju mereka selepas pasukan SeeYouSoon memberikan tekanan dengan Black Dragon Form dan juga Abyssal Arrow.
Walau bagaimanapun, kita dapat lihat Leixia berasa selesa bermain dengan pasukan Todak. Keserasian itu dapat dicapai meskipun mula dipinjamkan di saat Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) ini.
Tinggal hanya Team SMG yang akan mewakili Malaysia dan mereka sedang menunggu di peringkat suku akhir.