MPLI: EVOS Legends hadir dengan roster lengkap

Kejohanan Jemputan Liga Profesional MLBB (MPLI) akan berlangsung pada 27 November ini. Kebanyakan pasukan sudah mengunci roster mereka. Tidak ketinggalan adalah skuad terkenal Asia Tenggara, EVOS Legends.

Mereka memperkenalkan ahli baru yang sememangnya tidak asing dalam arena MLBB. Antimage daripada Onic Esports dan LJ daripada RRQ Hoshi direkrut ke skuad ini. Selain itu, Luminaire kembali selepas sekian lama berehat.

Ini menjadikan ketiga-tiga pemain ini menyertai pemain senior, Wann, REKT dan Rexxy untuk MPLI.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by EVOS ESPORTS (@evosesports)

Sementara itu, Xorn daripada Geek Fam sebelum ini memperbaharui kontrak dengan organisasi itu untuk dipinjamkan ke pasukan luar. Bagaimanapun, harapan netizen yang ingin menyaksikan pemain bintang itu beraksi di MPLI bagi pasukan Indonesia mungkin tidak kesampaian.

Adakah Xorn bakal menyertai Orange Louvre Esports, memandangkan dua pemain mereka, Hyhy dan D’Ace sudah kembali ke Ezzy?

Foto: EVOS Legends

RELATED NEWS

+