MPLI: Ini dia jadual perlawanan untuk minggu ini

Perlawanan Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) akan bermula hari ini dan ini adalah jadual bagi perlawanan-perlawanan tersebut. 

  

Pada hari pertama pertarungan sengit antara Execration (Filipina) dan Ronin Esports bakal disaksikan. Dua pasukan Indonesia, Bigetron Alpha lawan Geek Fam juga akan disaksikan. BTR Alpha diwakili seorang pemain Malaysia iaitu Muhammad Arif Abdul Halim atau Rippo.

Hari kedua juga menarik kerana juara MPL MYSG Musim Kelima, RSG juga akan bertarung. Kedua skuad Aura iaitu Aura Fire dan Aura PH bakal bertembung dan pertarungan antara pasukan terhebat Indonesia, EVOS Legends dan Alter Ego juga bakal tercetus.

Jangan lupa saksikan wakil Malaysia, Orange Louvre lawan EVOS SG yang mana akan jadi rematch anatara mereka.

Juara Malaysia, Todak belum lagi berlawan kerana mereka menunggu di peringkat suku akhir pertama.

Senarai penuh pasukan akan bertanding di MPLI:

Malaysia: Todak dan Orange Louvre Esports.

Indonesia: Alter Ego, Bigetron Alpha, EVOS Legends, Geek Fam ID, Genflix Aerowold, ONIC Esports, RRQ Hoshi (juara MPL ID S6) dan AuraFire. Nampaknya kesemua pasukan MPL ID Musim Keenam dijemput ke MPLI ini.

Myanmar: Burmese Ghouls dan Ronin Esports

Singapura: EVOS SG dan Resurgence.

Filipina: ONIC PH, Omega PH Esports, Execration, Bren Esports, Aura PH dan Blacklist International.

Ia mengumpulkan 20 pasukan terbaik dari Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Filipina yang mana mereka akan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$100,000 (RM415,250).

Saksikan MPLI dalam Bahasa Melayu di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+