Nampaknya, Orange Louvre Esports mempunyai pendatang baru yang cukup hebat dalam arena Mobile Legends.
David “Joker” Ginola yang menempa nama dalam MPL Indonesia kini sah menyertai OLE apabila dilepaskan daripada pasukan asalnya, Geek Fam ID.
Bagaimanapun, menurut laporan ONE Esports, tiada tanda harga jelas dinyatakan untuk pemindahan pemain tersebut.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Louvre, Eric Herlangga sendiri mengesahkan berita itu.
“Tak dapat Xorn, Joker pun jadi. Kami sudah membayar pemindahan Joker dan menghantar namanya sebagai ahli untuk bermain di Kejohanan Jemputan (MPLI),” kata Erick kepada ONE Esports.
View this post on Instagram
Posisi ini bagi menggantikan Andhika Nothingtosay. Pastinya ramai yang terkejut dengan perpindahan ini kerana Nothingtosay mempunyai keserasian yang bagus bersama bekas ahli pasukannya. Malah, OLE juga mendapat tempat ketiga di MPL MYSG Musim Keenam lalu.
Setakat ini, hanya dua pemain Indonesia berdaftar untuk skuad OLE iaitu Jiji dan Joker.
Sementara itu, pengurus OLE, Puteri menyatakan Hyhy dan D’ace sudah pulang ke pasukan asal mereka, Ezzy Esports jadi baki dua pemain untuk MPLI masih belum diumumkan.
Sumber rujukan: ONE Esports
Foto: ONE Esports