MSC 2022: Orange Esports seri 1-1 menentang Impunity KH

Hari kedua Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 peringkat kumpulan menyaksikan pasukan Orange Esports menentang pasukan Impunity KH.

Pasukan Orange Esports mengalami kesukaran pada minit awal permainan. Mereka memerlukan Valenz yang menggunakan Wan Wan untuk mendapatkan core item yang diperlukan.

Selepas Valenz berjaya mendapatkan core item, Orange Esports terus memenangi perlawanan demi perlawanan. Namun begitu, tidak mudah untuk mereka dapatkan kemenangan.

Mereka sering melakukan kesilapan dengan menghantar seorang demi seorang untuk menumbangkan pihak musuh. Akan tetapi, pertarungan pada minit ke-23 memihak menjadi kunci kemenangan pasukan Orange Esports.

Orange menumbangkan Boom, kemudian disusuli dengan Oppi dan juga Tyyy. Deja dan Senpai yang cuba mempertahankan base mereka terus gagal dan Orange Esports menghancurkan crystal mereka.

Orange Esports meneruskan lagi momentum mereka di perlawanan kedua. Mereka menggunakan strategi untuk memberikan tekanan kepada Ling yang digunakan oleh Oppi.

Ling gagal untuk mendapatkan sebarang buff yang diperlukan bagi mendapatkan kill ke atas pasukan Orange Esports. Pasukan Orange sekali lagi mengawal peta.

Namun begitu, Orange Esports sering membuat kesilapan dan ini menyebabkan Ling berjaya mendapatkan farm kembali.

Johnson dan Kadita yang sering bergerak di dalam peta bersama-sama menambahkan lagi tekanan kepada pasukan Orange Esports. 

Orange Esports yang gagal menghadapi tekanan dari pasukan Impunity KH akhirnya tewas di perlawanan kedua.

Foto: MOONTON Games

 

 

RELATED NEWS

+