MSC 2022: Pesan Momo kepada Z4pnu

Momo atau nama sebenarnya Idreen Abdul Jamal, jungler pasukan Todak memberikan pesanan untuk pemain Smart Omega, Z4pnu yang sejak kebelakangan ini banyak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan MLBB terutamanya antara Indonesia dan Filipina.

Walaupun tidak ada kaitan dengan hal ini, Momo masih berasa tidak senang hati dengan situasi yang berlaku.

MPL PH suspends Z4pnu for gambling post

Dia juga berharap perkara seperti ini tidak akan terus berlaku.

Pesanan ini diberitahu oleh Momo selepas kejayaan mereka mengalahkan Smart Omega di perlawan suku akhir upper bracket MSC 2022.

“Sedikit pesanan untuk Z4pnu, kurang-kuranglah bercakap seperti itu supaya suasana menjadi lebih positif,” ujar Momo.

Boleh dikatakan apa yang dibuat oleh Z4pnu masih berada dalam tahap boleh diterima kerana ini hanyalah “gurau senda” untuk mempengaruhi mental pihak lawan.

Rujukan: Oneesports

RELATED NEWS

+