MSC 2022: Terima kasih Orange Esports

Orange Esports menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang meneruskan perjuangan mereka di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022. 

Mereka perlu menewaskan pasukan Smart Omega untuk mara ke peringkat seterusnya menentang pasukan Falcon Esports.

Orange berjaya mendahului dengan kemenangan 2-1 namun pasukan Omega terus menyamakan kedudukan dan mereka memaksa perlawanan kelima.

Ch4knu berjaya mendapatkan Khufra dan kebolehannya bermain hero itu sangat baik dan memberikan tekanan yang tinggi kepada pasukan Orange di perlawanan kelima.

Orange Esports tidak mempunyai jawapan untuk mengawal pasukan Omega mendapatkan objektif. Mereka kemudian tewas pada minit ke-15.

Walaupun mereka tewas, pasukan Orange Esports sudah berusaha dengan cukup baik untuk mencapai ke tahap ini. Syabas diucapkan.

Pasukan Omega akan mara ke peringkat seterusnya dan akan menentang pasukan Falcon Esports.

MSC 2022 akan berlangsung hingga Ahad, mengumpulkan 12 pasukan terbaik MLBB di Asia Tenggara.

Sebanyak AS$300,000 (RM1.32 juta) menjadi rebutan pasukan-pasukan yang bertanding.

Siaran langsung boleh disaksikan di Facebook dan Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

Foto: MOONTON Games

 

 

RELATED NEWS

+