MSC 2022: Todak berjaya menyamakan kedudukan 1-1

Hari pertama peringkat kumpulan Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022 menyaksikan pasukan Todak akan menentang pasukan Falcon dari Myanmar.

Pasukan Falcon berjaya mendapatkan kemenangan pertama apabila mereka berjaya mendapatkan kelebihan pada minit akhir permainan.

Perlawanan kedua diteruskan dan pasukan Todak sekali lagi memberikan peluang kepada Momo untuk bermain jungler.

Mereka berjaya mengawal permainan pada minit awal namun pasukan Falcon mula membalas serangan.

Pertarungan diteruskan dan pasukan Todak kehilangan Luminous Lord pada minit ke-17.

Akan tetapi, pasukan Todak berjaya menumbangkan 3 orang ahli pasukan Falcon dan mereka terus menuju masuk ke arah base Falcon.

Pasukan Falcon yang hanya mempunyai 2 orang ahli iaitu Karrie dan Akai gagal mempertahankan crystal mereka. 

 

Pasukan Todak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan dengan skor 1-1.

 

 

RELATED NEWS

+