Mufti mengeluarkan hukum lootbox dalam PUBG Mobile dan MLBB

Sebut sahaja permainan video, pasti akan ada unsur transaksi di atas talian yang melibatkan penggunaan wang ringgit.

Sudah pasti barang-barang yang dibeli di dalam transaksi atas talian ini akan memberikan kepuasan kepada para pengguna.

Sebelum ini, ramai di antara netizen yang mempersoalkan hukum menikam kotak-kotak (lootbox) di dalam permainan peranti mudah alih PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Ada di antara mereka yang mengatakan ianya haram dan ada juga yang mengatakan tidak. Namun begitu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kini mengisytiharkan bahawa ianya haram.

Keputusan itu disokong dengan hujah “Ianya dilarang di dalam islam oleh kerana mengandungi elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati,”

Akan tetapi mereka menambah “Walau bagaimanapun, pengharaman dikhususkan sekiranya pemain membeli UC untuk menikam barang-barang itu. Adapun, UC digunakan untuk membeli barang secara terus tanpa berlaku proses tikaman, hukumnya adalah harus seperti pembelian melalui duit Silver dan sebagainya,”

Apa pendapat anda tentang fatwa yang dikeluarkan ini? Nyatakan komen anda di ruangan yang disediakan.

Foto: Gamingonphone

RELATED NEWS

+