“Mula-mula main ‘for fun’ saja, tak sangka jadi pemain profesional,” – Zaed

Zaed atau nama sebenarnya Muhammad Zaed Hakimi adalah salah satu pemain baru yang bersinar di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-9. Ketangkasan dan kemahiran pemain Red Esports ini di peranan assassin menjadi pemukau mata para penonton liga itu.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual pemenang anugerah Best Rookie Award ini. Ketika ditanya tentang apa perasaannya menjadi pemenang anugerah itu. Zaed berkata dia sangat bangga.

“Saya berasa amat bangga kerana ini adalah pencapaian saya yang pertama kali ketika mula bermain permainan peranti mudah alih. Ini adalah satu penghargaan yang sangat besar buat saya,” katanya.

Ditanya tentang hala tujunya sebagai pemain profesional selepas tamatnya MPL ini. Zaed berkata jika masih ada rezeki, dia akan menyambung kontrak.

“Jika rezeki ada, saya akan sambung kontrak dan membuat comeback yang lebih hebat untuk musim seterusnya. Nantikan.

“Ibu bapa saya tidak menyokong sepenuhnya kerjaya saya sebagai pemain profesional e-sukan Mobile Legends. Namun begitu, apabila saya berjaya menunjukkan pencapaian saya, mereka mula memberikan sokongan yang berterus kepada saya. Alhamdulillah,” ujarnya.

Zaed berkata dia mula bermain Mobile Legends sebagai hobi masa lapang dan tidak berniat untuk menjadi pemain profesional pada mulanya.

“Saya memang berminat bermain Mobile Legends dari dulu lagi. Mula-mula main untuk suka-suka sahaja namun kini saya sudah bergelar pemain profesional,” katanya sambil ketawa.

Ditanya tentang perasaannya bermain di atas pentas MPL. Zaed berkata pada awalnya sedikit gugup namun mula membiasakan diri minggu berganti minggu.

“Pada mulanya di minggu pertama dan kedua memang saya berasa gugup. Lama kelamaan saya berasa sudah biasa bermain di atas pentas dan keyakinan saya makin bertambah.

“Saya baru sahaja belajar bermain hero assassin ni. Sebelum jadi pemain profesional, hero kegemaran saya adalah marksman. Namun marksman tidak boleh jadi meta hyper carry, jadi saya beralih ke assassin. Ling dan Hayabusa menjadi pilihan hero kegemaran saya ketika ini,” akhirinya.

Meskipun RED Esports tewas di playoff untuk musim kali ini, akan tetapi mereka sangat cemerlang berbanding musim lepas di mana mereka gagal ke playoff. Diharap pasukan RED Esports akan bangkit semula dan menjadi salah satu pasukan yang bakal menggegarkan pentas di musim seterusnya.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+