Muna Shahirah adalah duta terbaru CRIT Esports

Penyanyi dan juga streamer, Muna Shahirah atau lebih dikenali sebagai Muna X Moci kini rasmi menjadi duta terbaru CRIT Esports.

Dalam satu pengumuman hari ini, CRIT Esports mengumumkannya dalam satu hantaran di Facebook.

Pengumuman ini selari dengan kerjasama terbaru dari CRIT Esports bersama jenama jam tangan Ernest Borel minggu lalu yang mana Muna turut hadir ketika acara perasmian kolaborasi itu.

Kami dari MyGameOn ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Muna sebagai duta baharu.

CRIT Esports dalam kenyataan sebelum ini juga akan melancarkan kempen promosi sempena kerjasama dengan Ernest Borel.

RELATED NEWS

+