Mushi dilantik sebagai ketua jurulatih BOOM Esports

Pemain lagenda tanah air untuk permainan video Dota 2 iaitu Chai “Mushi” Yee Fung kini menjadi ketua jurulatih untuk pasukan Indonesia, BOOM Esports.

Perkara itu diumumkan oleh organisasi itu di Twitter. Di dalam ciapan itu, Mushi memberikan kenyataan bahawa beliau rasa teruja diberikan peluang untuk menjadi sebahagian dari keluarga BOOM Esports.

Beliau mula dikenali di permainan video Dota 2 selepas mewakili Malaysia di kejohanan antarabangsa The International 2 bersama pasukan Orange Esports.

Orange Esports tidak berjaya mara ketika itu selepas ditewaskan di peringkat lower bracket oleh Ehome dengan skor 1-0.

Selain itu, Mushi juga pernah menyertai Fnatic dan TNC.

Kemasukan Mushi sebagai jurulatih di BOOM pasti akan memberikan impak yang besar di dalam pasukan. Jejaka yang berusia 31 tahun ini adalah salah seorang veteran dan juga mempunyai pengalaman yang begitu mendalam di dalam permainan video Dota 2.

Adakah prestasi pasukan BOOM Esports akan meningkat di dalam musim Dota Pro Circuit (DPC) yang akan bermula tidak lama lagi? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+