Mushi keluar Team SMG

Pemain veteran Dota 2, Chai Yee Fung atau Mushi sah meninggalkan organisasi itu pada dua hari lepas.

Berita itu diumumkan di laman Facebook Team SMG.

Mereka mengucapkan terima kasih dan berharap perjalanannya selepas ini berjalan dengan lancar.

Tiada sebab dinyatakan kenapa beliau keluar tapi menurut laporan Yahoo! SG, pemain kelahiran Malaysia ini ditukar posisinya dengan Roger “Roddgeee” Tan bagi melayakkan diri ke divisi atas untuk DPC Asia Tenggara.

Mushi juga menulis di Facebook yang dirinya kini aktif dan masih mengejar cita-citanya.

Beliau kini bergelar ejen bebas.

RELATED NEWS

+