Musim ke-3 Fall Guys bertemakan musim sejuk

Pada penghujung November, Mediatonic memulakan sebuah acara kerjasama susun suai gambar antara para pengikut akaun Twitter Fall Guys dan juga ahli-ahli Discord mereka. Teka-teki yang menggunakan tanda pagar #JigSawus tersebut kini telah diselesaikan dan ia mendedahkan musim ketiga Fall Guys: Ultimate Knockout yang diberi tajuk Winter Knockout.

Malangnya, Mediatonic belum mengumumkan tarikh pelancaran musim baharu ini. Kemungkinan besar ia akan dilancarkan pada awal atau pertengahan bulan Disember, sesuai dengan tema Hari Natal atau musim sejuk yang ditonjolkan.

Fall Guys: Ultimate Knockout kini boleh dibeli untuk PC melalui Steam dan PS4. Jika anda masih belum memiliki permainan ini, sekarang ialah waktu yang sesuai kerana versi PC menerima potongan harga 20% menjadikan harganya RM31.20 sahaja. Tawaran Jualan Musim Luruh Steam ini akan berakhir pada 2 Disember 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+