Musim Liga MPL Season 3 Bermula Esok – Prize Pool Lebih RM400,000

Dah masuk musim ketiga, siapa yang akan layak ke playoffs kali ini? Adakah Bosskur Gaming (bekas ASYN), Reborn (juara musim lalu dan dikenali sebagai Saiyan Reborn) akan dapat meneruskan rentak mereka di musim liga? 

Musim liga ini akan bermula setiap minggu selama 6 minggu. Jadi sepanjang 1 Mac hingga 7 April nanti, korang boleh bersorak untuk menyaksikan siapa antara pasukan kegemaran yang layak mengumpul mata tertinggi. Persaingan pastinya sengit kerana hanya 8 pasukan teratas saja layak ke playoffs yang mana perlawanan akan diadakan on-ground demi merebut hadiah wang tunai terkumpul USD100,000 (RM407,000).

Ini adalah 10 pasukan yang sudah pun layak ke MPL musim ketiga ini yang mana empat daripadanya adalah dari Singapura:

  1. Bosskur Gaming – Malaysia
  2. NARA Esports SG – Singapura 
  3. Myterious Assassin (MyA) – Malaysia
  4. ICON – Malaysia
  5. Reborn (Juara MPL musim kedua) – Malaysia
  6. Xpax X-Assins – Malaysia
  7. Resurgence – Singapura
  8. Geek Fam – Malaysia
  9. Bigetron SG – Singapura
  10. EVOS Esports SG – Singapura

Mereka akan berlawan dalam format Round Robin BO3 dan ini adalah pembahagian mata untuk setiap pasukan:

2- 0, Pemenang menerima 3 mata.

2-1, Pemenang menerima 2 mata, yang tewas terima 1 mata.

Jadi siapa korang rasa akan mengumpul mata tertinggi di musim liga ini nanti?

Nantikan juga perlawanan Bosskur Gaming bertemu EVOS SG pada jam 7PM esok di FB Page Mobile Legends: Bang Bang. Korang boleh rujuk semua maklumat lanjut tentang MPL S3 di laman web rasmi ini.

Sumber gambar dari MPL dan eGG Network.

RELATED NEWS

+