My Time at Portia: permainan simulator yang popular kini boleh didapati di Playstore dan Appstore

My Time at Portia, sebuah permainan video yang popular di pelantar Steam kini boleh didapati di peranti mudah alih Android dan IOS. Seperti permainan simulator lain, My Time at Portia menerapkan elemen membina, membaik pulih bandar Portia yang cantik. Para pemain akan dapat berinteraksi dengan penduduk di bandar bagi menjadikan Portia sebuah bandar yang cantik untuk didiami.

Pathea Games, pembangun permainan popular ini mengambil masa lebih dari setahun untuk mencuba, membaik pulih permainan ini untuk dilancarkan di dalam versi permainan peranti mudah alih. Bagi membantu pemain mendapatkan pengalaman yang penuh seperti bermain di pelantar PC, syarikat itu mengoptimumkan sepenuhnya fungsi-fungsi permainan disesuaikan dengan skrin telefon pintar yang lebih kecil.

Ia untuk mempercepatkan proses pemain untuk membina bandar yang mereka idamkan, pembangun juga menerapkan elemen yang sering didapati di dalam permainan peranti mudah alih seperti task tracking dan auto way-finding.

Bagi mereka yang sibuk dengan pekerjaan, mereka juga boleh menjimatkan masa dengan menggunakan fungsi ini. Ia memberikan kemudahan, pemain tidak perlu bergerak secara manual bagi mencari barang-barang yang dikehendaki.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba permainan ini, anda akan mendapat barang ekslusif untuk pengguna peranti mudah alih seperti kotak misteri dari permainan sekuel, My Time at Sandrock.

My Time at Portia boleh dibeli dengan harga RM34.90. Bagi mereka yang membuat pembelian awal di saat 7 hari permainan ini dilancarkan, mereka akan mendapat diskaun sebanyak RM10.00 di pelantar Appstore dan RM11 di Google Playstore.

RELATED NEWS

+