Myanmar dapat slot untuk Kejohanan Dunia M4 kali ini

Kejohanan Dunia Mobile Legends M4 akan bermula tidak lama lagi. Kejohanan ini mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia untuk merebut wang hadiah lumayan serta piala M4. Ia akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1-15 Januari tahun depan.

Terdahulu, pasukan Myanmar dan Jepun tidak mendapat slot ke Kejohanan Dunia M3 sebelum ini. Myanmar adalah salah satu pasukan yang sangat kuat dan memberikan saingan hebat sewaktu Kejohanan Dunia M2 walaupun mereka tidak mempunyai Liga Profesional MLBB (MPL) di negara mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Game MLBB Mobile Legends ML (@emak_moba)

Kini, Myanmar akan turut serta ke Kejohanan Dunia M4 selepas peringkat kelayakan untuk ke M4 diumumkan. Peringkat kelayakan itu akan disertai oleh empat pasukan yang dijemput iaitu:

  • Falcon Esports
  • AI Esports
  • Genesis Esports
  • Galacticos Rising

Pasukan manakah yang akan muncul juara pusingan kelayakan seterusnya menjadi wakil Myanmar untuk Kejohanan Dunia M4 nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+