N0tail berehat, Rising Star ATF dan Hansha pelengkap roster baru OG

Selepas berhempas pulas di arena kompetitif Dota 2 bertahun-tahun lamanya, Kini Notail mengesahkan beliau akan berehat sebentar untuk memberi ruang kepada pemain baru.

Antaranya adalah Hansha dan juga ATF yang baru berusia 16 tahun. Kedua-dua pemain ini dikatakan sebagai rising star di dalam arena profesional Dota 2.

Mereka berdua juga memiliki kemahiran mekanikal dan reflex yang hebat oleh kerana faktor usia yang begitu muda. Kemahiran ini kita dapat lihat di pasukan EG sewaktu Sumail mengangkat Aegis yang pertama pada usia 16 tahun.

OG akan dianggotai oleh:

  • Yuragi – Posisi 1
  • Hansha – Posisi 2
  • ATF – Posisi 3
  • Taiga – Posisi 4
  • Misha – Posisi 5

Adakah barisan pemain baru OG ini bakal mendominasi musim DPC yang berikutnya? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+