N0tail Mendermakan Sebanyak €3,000 (RM13,500) Kepada Strim Amal NBK

Pemain e-sukan dengan pendapatan tertinggi, Johan “N0tail” Sundstein mendermakan sebanyak €3,000 (EURO) bersamaan RM13,500 kepada strim amal pemain OG, Nathan “NBK” Schmitt.

N0tail adalah kapten pasukan OG Dota 2 dan jurulatih kepada OG Seed sementara NBK adalah kapten kepada pasukan OG CS:GO.

NBK sebelum ini melangsungkan dua strim amal pada 17 dan 18 Januari yang mana setiap hasil sumbangan akan diberikan kepada mangsa dalam kebakaran di Australia menerusi organisasi Australia Zoo Wildfire Warriors.

Sepanjang strim amal ini, dia menetapkan goal di setiap peringkat untuk memberikan ganjaran kepada penderma. Pada €1,000, dia akan bermain CS:GO tanpa cermin mata dan pada €5,000 dia akan wax bahagian bawah kakinya dalam strim dan pada €15,000, dia akan mewarnakan rambut.

Dengan bantuan N0tail, NBK berjaya meraih sebanyak €7,700 pada dua hari pertama.

(Sumber terjemahan: VP Esports)

TAGS

RELATED NEWS

+