Nak naik rank, lepastu main sekali dengan pro player? perkenalkan, platform Kohai

Mengumumkan Kohai, platform matchmaking pertama di Malaysia.

Platform Kohai ini adalah untuk membantu peminat e-sukan Malaysia dan para pemain veteran berpengalaman yang sudah menjadi partner Kohai.

Apa yang Kohai cuba implementasikan ialah membuatkan komuniti e-sukan negara tidak kira dari mana-mana latar belakang dapat meningkatkan lagi standard e-sukan ke tahap lebih kompetitif.

Aplikasi Kohai akan mempunyai dua jenis iaitu Gamer dan Partner dimana anda boleh membuat jadual dan juga memilih Partner yang anda.

Dengan model ‘bayar untuk belajar’ dan ‘mengajar sambil peroleh pendapatan’,  para gamers dapat memilih pemain yang mempunyai tahap kemahiran lebih tinggi untuk membantu pengalaman dalam co-op.

Geek Fam juga diumumkan akan menjadi Partners yang akan menyertai Kohai.

Kohai sebenarnya sudah menjalankan ujian beta umum pada bulan Mei lepas dan berjaya mendapat sebanyak 43,000 jumlah pengguna dan mempunyai dua fungsi setakat ini untuk Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan juga PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Bagaimana cara Kohai berfungsi:

hjlfyldt.jpg

Bayaran untuk Kohai

arfhaefjhea.jpg

Banyak lagi permainan video lain akan datang ke platform Kohai nanti.

Kohai juga akan mengadakan Kohai Championships untuk Mobile Legends Bang Bang dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM11,000.

Boleh dikatakan harga langganan adalah berpatutan untuk pengalaman yang anda bakal dapat.

Anda boleh muat turun aplikasi Kohai di iOS dan juga Android.

RELATED NEWS

+