Natalia digeruni, WanWan kena nerf teruk dalam patch akan datang?

Natalia adalah hero Assassin yang sentiasa digeruni di mod Ranked sekali gus menerima jumlah ban yang agak kerap.

Hero ini juga kerap memberi gangguan di midlane dan sangat efektif mencari marksman untuk dijatuhkan terlebih dahulu.

Di patch Advanced Server 1.7.18, Natalia mempunyai pasif yang dinaiktaraf di mana ketika hilang sambil berdekatan musuh, dia tidak boleh disasarkan menggunakan basic attack atau lock-on skills.

Dari pemerhatian penulis, lock-on bermaksud skill yang akan memberikan efek crowd-control iaitu pegun, perlahan dan lain-lain. 

Ini memberikan Natalia kelebihan untuk menyerang dahulu, melakukan kombo dan keluar dari pertarungan bila-bila masa. 

Sementara itu, WanWan pula dikenakan agak teruk kerana pasifnya yang memecahkan weakness hanya memberikan akses kepada Crossbow of Tang pada sasaran sama saja. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan ulti pertama kali pada hero B jika weakness hero A saja yang pecah.

Bagaimanapun ulti boleh disambung jika hero A terbunuh dalam jangka masa WanWan ‘terbang’.

Lesley pula mempunyai true damage pada pasif yang bermakna segala armor item tidak menyedut damage itu. Tapi Lethal Shot ini hanya mempunyai Critical Damage asas kepada 140% saja.

Segala kemaskini dan perincian patch boleh dibaca di Reddit.

RELATED NEWS

+