NAVI rombak pasukan Wild Rift

Organisasi e-sukan Eropah, NAVI atau Natus Vincere membuat keputusan merombak barisan roster Wild Rift mereka selepas mendapat tempat kelima di League of Legends: Wild Rift Origin Series 2021 Eropah. 

Hal ini juga berikutan tiga pemain mereka iaitu, Tilek “TheDon” Toktonilove, Rustam “Valhalla” Boluro dan Aleksei “Dante” Sorokin meninggalkan pasukan itu Oktober lalu. 

Selain itu juga, NAVI juga membawa masuk dua bekas pemain pasukan Game-Lord iaitu YeQiu dan Schow serta pemain terbaik Wild Rift zon Eropah iaitu Phi bagi memperkukuhkan roster mereka untuk musim akan datang.

Ini adalah barisan baru pasukan Wild Rift NAVI:

  • Hoang “Phi” Thi 
  • Nedelcu “Vex” Cezar
  • Wahil “YeQiu” Hassani
  • Kirill “Hydro” Sitnikov
  • Frederik “Schow” Morthorst
  • Alexander “Glory” Manoil
  • Vladimir “Ospreay” Gonchar – jurulatih

NAVI sebelum ini tidak berjaya untuk mendapatkan tempat ke Wild Rift Horizon Cup 2021 selepas mendapat tempat kelima di kejohanan zon Eropah, League of Legends: Wild Rift Origin Series 2021 Eropah. 

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+