Neil Druckmann kini Presiden Bersama di Naughty Dog

Neil Druckmann, pengarah The Last of Us Part II, telah dinaikkan pangkat menjadi Presiden Bersama di studio Naughty Dog. Sebelum ini, beliau telah memegang jawatan Naib Presiden di studio tersebut selama tiga tahun.

Pengumuman ini dibuat oleh Evan Wells, Presiden Naughty Dog. Neil sememangnya layak menerima kenaikkan pangkat ini kerana permainan arahannya The Last of Us Part II telah menjadi permainan paling laris dan paling dipuji dalam sejarah studio tersebut.

Beberapa staf lain di Naughty Dog juga menerima kenaikkan pangkat. Alison Mori dan Christian Gyrling kini dinaikkan pangkat menjadi Naib Presiden di Naughty Dog. Alison sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Operasi dan Christian pula bertugas sebagai Pengarah Bersama Pengaturcaraan.

Sumber: Naughty Dog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+