NetEase berkemungkinan menutup Ouka Studios sehari selepas pelancaran Visions Of Mana

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Berita yang mengejutkan buat ramai peminat siri Mana di mana Ouka Studios ditutup oleh NetEase sehari selepas pelancaran Visions of Mana.

Laporan ini dikeluarkan oleh Bloomberg menyatakan penutupan Ouka Studios kerana banyak staf studio itu dipecat.

“Hanya beberapa kakitangan sahaja tinggal untuk melihat permainan video terakhir mereka dihasilkan,” ujar Takashi Mochizuki.

Lebih dikesali keputusan ini dibuat hanya empat tahun selepas kewujudan Ouka Studios.

Val approaches the Tree of Mana in Visions of Mana (2024), Square Enix

Foto: Square Enix

Menurut Mochizuki, hal ini disebabkan pelaburan NetEase yang kian merudum terhadap beberapa studio pembangun Jepun.

Tambahan pula, berita ini juga merisaukan studio lain yang juga dibawah portfolio NetEase seperti siri Yakuza dari Nagoshi Studio, dan GPTRACK50 Studio.

Foto: Game Science

Berkemungkinan besar hal ini berlaku apabila kejayaan Black Myth: Wukong membuatkan NetEase berasa lebih baik untuk mereka melabur di produksi tanah air sendiri.

Kenyataan rasmi dari Ouka Studio atau NetEase Games juga tidak diberikan lagi.

Setakat ini nasib Ouka Studios masih samar-samar samada mereka akan ditutup terus atau tidak.

RELATED NEWS

+