NetEase Games dilanda kes pengubahan wang haram RM1.23 bilion

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

NetEase syarikat besar permainan video dari China kini dilanda banyak masalah akibat pengubahan wang haram.

Pengubahan wang ini dipercayai dilakukan oleh beberapa pekerja berpangkat tinggi, menurut sebuah laporan dari Leifeng.

Xang Lang, Pengurus Besar NetEase Games dan beberapa staf lain ditangkap dan ditahan di Hangzhou.

Kes ini adalah berkaitan dengan kontrak yang bernilai lebih 2 bilion yuan (RM1.23 bilion).

Foto: NetEase Games

Pengurus Besar itu ditangkap oleh unit anti-rasuah syarikatnya sendiri apabila NetEase Games sengaja mengubah tempat mesyuarat dari Guangzhou ke Hangzhou untuk menangkap mereka.

Polis Hangzhou kini dalam proses siasatan mengenai kes ini kerana melibatkan wang yang sangat besar buat NetEase Games.

Tambahan lagi, Xiang Lang dan staf lain terlibat dalam menjaga trafik pemerolehan untuk produk-produk NetEase Games.


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+