Netflix dan Ubisoft umumkan siri aksi langsung Assassin’s Creed

Para peminat siri permainan Assassin’s Creed mesti teruja mendapat tahu Netflix dan Ubisoft sedang bekerjasama untuk menghasilkan sebuah siri aksi langsung Assassin’s Creed. Walaubagaimanapun, projek ini masih berada pada tahap awal dan pengarah serta penulis untuk siri tersebut masih belum dilantik.

Jason Altman, Naib Presiden Kanan Filem dan Televisyen Ubisoft, dan Danielle Kreinik, Pengarah Pembangunan Televisyen Ubisoft, akan menggalas tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif untuk siri terebut.

“Kami sangat teruja untuk berkerjasama dengan Ubisoft untuk menghidupkan jalan cerita hebat dan penceritaan pelbagai lapis yang menjadi sebahagian identiti Assassin’s Creed,” kata Peter Friedlander, Naib Presiden Siri Original Netflix.

Selain daripada projek ini, Ubisoft dan Netflix juga sedang mengusahakan dua siri animasi Assassin’s Creed yang juga akan disediakan di Netflix. Sebelum ini, Ubisoft pernah mengeluarkan sebuah filem Assassin’s Creed yang dibintangi Michael Fassbender.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+