Netflix Dedahkan Gambar Rasmi Untuk The Witcher – Lihat Henry Cavill Sebagai Geralt

Netflix tonjolkan poster dan gambar rasmi buat kali pertama untuk rancangan live-action The Witcher yang dibintangi oleh Henry Cavill sebagai Geralt of Rivia, Anya Chalotra sebagai Yennefer dan Freya Allan sebagai Ciri.

Nama The Witcher telah melonjak naik sebagai trilogi game role-playing game (RPG) yang dibangunkan oleh CD Projekt RED terutamanya untuk game ketiga, The Witcher 3: Wild Hunt yang masih lagi popular sehingga sekarang.

Namun, The Witcher sebenarnya adalah siri buku yang dikarang oleh Andrzej Sapkowski. Walaupun ramai pemain mengenali Geralt sebagai seorang Witcher dalam game, rancangan Netflix ini akan dibangunkan berdasarkan sumber asal.

Untuk versi Netflix, The Witcher bakal mengikuti perjalanan Geralt of Rivia menempuhi cabaran berliku-liku di Continent yang menemukannya dengan ahli sihir berkuasa dan seorang puteri dengan rahsia berbahaya.

Jom kita lihat bagaimana karakter-karakter utama The Witcher ini dibawakan ke dalam skrin Netflix:

Henry Cavill jadi teraju utama untuk rancangan The Witcher sebagai Geralt of Rivia, seorang Witcher yang dilatih sejak dari kecil melalui latihan-latihan intensif secara fizikal dan magik bagi memburu raksasa dan musuh-musuh aneh lain.

Yennefer dilakonkan oleh Anya Chalotra ialah seorang ahli sihir dan juga kekasih kepada Geralt. 

Freya Allan pula akan membawakan watak Ciri atau nama sebenar, Cirilla Fiona Elen Riannon berketurunan diraja kerana dia merupakan satu-satunya waris keturunan Cintra tetapi dijaga oleh Geralt dan Yennefer.

Buat masa sekarang, Netflix tidak mengumumkan tarikh rasmi untuk tayangan rancangan ini tetapi kami rasa kita bakal menerima trailer dan juga tarikh rasmi semasa persidangan Netflix di San Diego Comic Con pada 19 Julai nanti. 

Sumber: Netflix

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+