Netflix Di E3 2019: Stranger Things Untuk Mobile Ala Pokemon GO & Game Taktikal The Dark Crystal

Netflix tiba di E3 2019 untuk mendedahkan beberapa game berdasarkan rancangan televisyen dan filem milik Netflix kepada semua pemain seperti Stranger Things versi mobile, Stranger Things 3: The Game dan The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics.

Ketika berada di E3 Coliseum, platform penstriman gergasi ini mengumumkan sebuah game siri Stranger Things baru untuk mobile.

Stranger Things

Stranger Things adalah game puzzle dan role-playing game (RPG) berdasarkan lokasi dibangunkan oleh studio berpengkalan di Finland bernama Next Games dan bakal hadir di iOS dan Android pada tahun 2020. 

Untuk versi mobile, pemain boleh meneroka masuk ke dalam The Upside Down yang boleh wujud di sekeliling korang. Ia juga mempunyai semangat kerjasama yang mana korang boleh berpasukan dengan pemain lain di mana sahaja korang berada untuk menghalang raksasa-raksasa dalam The Upside Down tembus ke dunia.

Pengarah game interaktif Netflix, Chris Lee teruja untuk menghasilkan game ini bersama Next Games terutamanya dari segi keseluruhan gaya seni game mobile. “Mereka membangunkan gaya seni kartun retro 80-an yang ditayangkan pada hari Sabtu yang mana kami benar-benar jatuh cinta dengan gaya ini,” kata Lee.

Stranger Things 3: The Game

Bagi mereka masih lagi keliru, game ini berbeza dengan Stranger Things 3: The Game yang pernah diumumkan pada Disember 2018 dan bakal dilancarkan di PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch, iOS dan Android pada 4 Julai 2019.

Stranger Things: The Game menawarkan 12 karakter yang boleh dimainkan lengkap dengan kuasa tersendiri seperti Eleven dan Max. Game ini juga akan ada kait rapat dengan musim ke-3 yang bakal ditayangkan pada tahun ini. 

The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics

Selain itu, Netflix juga membangunkan sebuah game bertemakan turn-based strategy RPG berjudul The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics. Game ini adalah berdasarkan siri TV Netflix terbaru, The Dark Crystal: Age of Resistance diadaptasi daripada filem klasik ciptaan Jim Henson bertajuk The Dark Crystal yang bakal ditayangkan pada Ogos ini.

Saksikan trailer pengumuman yang baru ditonjolkan semasa persidangan Nintendo Direct di E3 2019:

The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics bakal dilancarkan pada tahun ini di Nintendo Switch.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+