Netflix umumkan siri anime DOTA: Dragon’s Blood

Sebuah siri anime berdasarkan DOTA 2 bertajuk DOTA: Dragon’s Blood akan dilancarkan di Netflix pada 25 Mac tahun ini. Netflix baru-baru ini mengeluarkan trailer pengumuman siri anime tersebut.

Watak utama siri anime ini ialah sorang watak dikenali oleh semua pemain DOTA 2 iaitu Davion atau lebih dikenali sebagai Dragon Knight. Dia akan disertai oleh seorang lagi watak DOTA 2 yang disayangi peminat iaitu Mirana.

Sinopsis DOTA: Dragon’s Blood di laman rasmi Netflix menyatakan bahawa fokus diberikan terhadap watak Dragon Knight dan perjalannya selepas bertembung dengan sebuah eldwurm (naga) berkuasa. Dia juga bertemu dengan Mirana yang sedang melakukan sebuah misi rahsia.

Sebuah trailer acah akan dikeluarkan 19 Februari ini diikuti dengan trailer utama pada 2 Mac tahun ini. Penulis yakin lebih ramai watak-watak DOTA 2 akan membuat kemunculan dalam kedua-dua trailer ini.

Jika anda mengharapkan siri anime yang panjang, malangnya hanya 8 episod dirancang. Animasi di sebalik Dragon’s Blood dihasilkan oleh Studio MIR, studio sama yang melakukan animasi siri The Legend of Korra. Ashley Miller, salah seorang penulis lakon layar filem X-Men: First Class, memikul tanggungjawab sebagai penerbit eksekutif.

Valve, pembanguna DOTA 2, juga terlibat dalam penghasilan siri anime ini. Penulis menganggarkan Valve akan mengeluarkan lebih banyak siri anime mengenai watak-watak DOTA 2 jika Dragon’s Blood diterima dengan baik oleh para peminat permainan tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+